SELAMAT DATANG KE TERATAK TPS 3/15

Salam buat semua jiran yg disayangi...

Semoga dengan adanya blog ini... dapat memberi manfaat kepada kita semua...! Dapat lah kiranya,
kita menyimpul kasih sesama kita dengan sekilas rentetan di TPS 3/15 ^_^


Di harap ukhwah yang terjalin, memberi kita 1001 makna buat kita semua...! ;-)

Andai ada kekurangan.., harap dimaafi..... ^_^

Segala komen, pandangan, pendapat,cadangan & kerjasama amatlah dihargai... Terima kasih.


" Sepakat Membawa Berkat "


*** Jom sign in kat guest book kat bawah.... ;-) ***



salam..

Sahabat TPS 3/15... Jom Sign in.......

Sabtu, 29 Oktober 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA





~ SALAM AIDIL ADHA ISTIMEWA UNTUK WARGA TPS 3/15 ~

Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi Hari Raya Korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua. Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin. Hari Raya Aidiladha atau perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

..Jazakallah..


Maksud Qurban
Qurban ialah binatang ternakan seperti lembu dan kambing, yang disembelih pada hari raya Aidiladha dan tiga hari selepasnya dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Hukum Qurban
Ia adalah suatu ibadah sunat yang sangat dituntut oleh Islam sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang memiliki kemampuan untuk melakukan ibadah Qurban tetapi dia tidak melakukannya, maka janganlah dia menghadiri masjid kami (untuk solat bersama kami)” – (Direkodkan oleh al-Hakim dalam bab Tafsir Surah al-Haj & sebahagian ulama menyatakan ia hanyalah kata-kata Abu Hurairah r.a.)
Namun begitu, jika seseorang itu bernazar, ia menjadi wajib.

Kelebihan Ibadah Qurban
Banyak kelebihan ibadah Qurban yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w., di antaranya:
  • Amalan yang paling disukai oleh Allah pada hari raya Aidiladha (Direkodkan oleh al-Hakim dalam Kitab al-Adhahi)
  • Darah binatang korban jatuh di satu tempat yang mulia di sisi Allah s.w.t. sebelum ia jatuh ke tanah dan menyebabkan jiwa orang  yang melakukan qurban menjadi bersih (suci) (Direkodkan oleh al-Hakim dalam Kitab al-Adhahi)
  • Diampunkan semua dosa orang yang melakukan qurban pada titisan darah yang pertama keluar  dari binatang sembelihan (Direkodkan oleh al-Hakim dalam Kitab al-Adhahi)

Imam Syafie berkata “Ibadah qurban adalah sunat tetapi kami tidak suka untuk meninggalkannya walaupun ianya tidak diwajibkan” (Mukhtasar Muzani 1/284)

Hikmat Qurban
  • Memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. yang sanggup mematuhi perintah Allah s.w.t supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. dan Allah menggantikan Nabi Ismail a.s. dengan seekor kambing.
  • Menanamkan rasa syukur terhadap nikmat Allah s.w.t. yang melimpah ruah melalui perkongsian dengan golongan yang memerlukan.
  • Menguatkan rasa kasih sayang dan ikatan persaudaraan di antara umat Islam melalui aktiviti yang mencerminkan keperihatinan.

Syarat Binatang Qurban
Binatang yang boleh dibuat korban ialah binatang ternakan sahaja iaitu unta, lembu dan kerbau serta kambing dari segala jenisnya. Binatang tersebut mestilah selamat dari sebarang jenis kecacatan yang menjejaskan dagingnya seperti terlalu kurus, tempang yang jelas, sakit yang menyebabkan binatang itu kurus atau dagingnya memudaratkan, buta sebelah dan terpotong telinga. Bagi lembu dan kambing yang ingin disembelih, ia mestilah berumur tidak kurang dari dua tahun dan bagi biri-biri pula, mestilah berumur tidak kurang dari setahun atau setelah bersalin gigi hadapannya walaupun belum cukup setahun.

Waktu Ibadah Qurban
Bermula dari terbit matahari pada hari raya Aidiladha iaitu selepas solat dan berakhir sehingga tenggelam matahari pada hari ketiga tasyrik iaitu hari ketiga selepas hari raya Aidiladha.

Hukum Berkongsi Binatang Qurban
Seekor kambing hanya boleh memadai untuk seorang  sahaja. Manakala seekor lembu boleh dikongsi seramai tujuh orang.

Pengagihan Daging Binatang Qurban
 Daging binatang yang disembelih boleh terus diagihkan dan tidak perlu dimasak terlebih dahulu.

" Selamat menyambut hari raya aidiladha.. semoga membawa 1000 erti buat kita semua.. & selamat pulang ke kampung.. berhati-hati dijalan raya... "



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...