Semoga dengan adanya blog ini... dapat memberi manfaat kepada kita semua...! Dapat lah kiranya, kita menyimpul kasih sesama kita dengan sekilas rentetan di TPS 3/15 ^_^
Di harap ukhwah yang terjalin, memberi kita 1001 makna buat kita semua...! ;-)
Andai ada kekurangan.., harap dimaafi..... ^_^
Segala komen, pandangan, pendapat,cadangan & kerjasama amatlah dihargai... Terima kasih.
" Sepakat Membawa Berkat "
*** Jom sign in kat guest book kat bawah.... ;-) ***
Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.
Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."
Diam tak diam.. dah masuk bulan islam iaitu bulan Syaaban, bila Syaaban dah muncul maka semakin dekat lah kita dengan Ramadhan...
Sekarang ni pun, bahang Ramadhan dah dapat di rasakan, kalau time puasa.. time tu la dugaan dan cobaan dtg untuk menguji keimanan...bg yg kukuh.. kekal la ia, tapi bagi yg rapuh.. hancur berkecai la semua.. huhuhu
So apakata di sini saya nak kongsi sedikit info tentang Fadhilat Syaaban untuk kita renungi bersama.. :)
Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud :-
“Tahukah kamu sekelian, mengapa dinamakan bulan Syaaban? Maka umatnya menjawab: Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui.”
Baginda meneruskan sabdanya: “Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)
Syaaban bererti berpecah atau bercerai-berai. Ini kerana mengambil sempena peristiwa orang-orang Arab pada bulan tersebut berkeliaran ke merata tempat untuk mencari air. Ada pula berpendapat, Syaaban bermaksud pemisah iaitu pemisahan antara bulan Rejab dan Ramadan.
bulan Rejab adalah bulan kesempatan untuk kita meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban pula adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela manakala Ramadan pulan bulan untuk mengubat hati dan jiwa.
~ KEUTAMAAN SYAABAN ~
Allah swt mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. Allah juga banyak mengurniakan rahmat kepada hambaNya. Rasullah bersabda yang bermaksud: “Allah mengangkat amalan-amalan semua hambaNya pada bulan ini.”
Orang yang membesarkan bulan ini dengan beribadat, akan terpelihara dari maksiat. Taubatnya diterima juga terselamat dari mara bencana pada tahun berkenaan. Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud: “Barang siapa yang membesarkan Syaaban dan bertakwa kepada Allah swt serta taat dan juga menahan diri daripada maksiat, Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan menyelamatkannya daripada segala bencana yang berlaku pada tahun itu, juga daripada sakit-sakit.”
Kasih dan ketaatan orang yang beribadat pada tahun itu terhadap Allah akan kekal. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hariraya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Saidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang bermaksud: “Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban.”
Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud: “ Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”
APAKAH AMALAN YANG WAJAR DILAKUKAN DI BULAN SYAABAN?
Memperbanyakkan puasa sunat: i. Dalam Kitab Durratun Nasihin dinyatakan bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud: “ Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari pertengahannya dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.” ii. Jika berpuasa sehari dalam bulan Syaaban akan diharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga. Diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud. iii Jika berpuasa sebulan pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut dan ditolaknya (terlepas) daripada kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya. iv. Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis (juga dalam Syaaban) dimasukkannya dalam syurga .(Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah.) v. Rasulullah saw turut bersabda yang bermaksud: “ Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdal sesudah Ramadan ialah puasa bulan Syaaban.”
Perbanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah saw: Sabda Nabi saw yang bermaksud: “Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)
Bertaubat: Bulan Syaaban merupakan bulan untuk kita memperbanyakkan taubat kepada Allah swt.
MALAM NISFU SYAABAN:
Malam 15 Syaaban lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban. Pada malam ini umat Islam sangat-sangat disarankan untuk memanfaatkannya kerana malam ini penuh dengan rahmat dan doa sangat mustajab.
Pada malam Nisfu Syaaban, sunat membaca surah Yasin sebanyak 3 kali.
Bacaan kali pertama, memohon supaya dipanjangkan umur dan taat kepada Allah serta sentiasa beramal soleh.
Bacaan kali ke-2, memohon supaya ditolak segala bala bencana.
Bacaan kali ke-3, memohon supaya tidak berhajat kecuali kepada Allah dan setiap kali selepas bacaan Surah Yasin dibaca doa dibawah ini:
Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda : “Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata : “Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. Kata saya : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swt mengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi.”
Diriwayatkan, bahawa Nabi saw bersabda : “Barangsiapa berpuasa tiga dari permulaan Syaaban dan tiga hari di pertengahan Syaaban dan tiga hari di akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya, pahala seperti pahala 70 Nabi, dan seperti orang-orang yang beribadah kepada Allah swt selama 70 tahun dan apabila dia mati di tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.”
Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah dan berbuat ketaatan kepada-Nya serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat, maka Allah swt mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam satu tahun itu dari segala macam bencana dan dari macam-macam penyakit.”
# marilah kita mengambil kesempatan khususnya pada malam tersebut untuk membanyakkan amalan. Bertahajjud,membaca Al Quran,berzikir,memberi sedekah dan sebagainya.Sebenarnya kita digalakkan berdoa apa sahaja pada perkara-perkara yang baik pada malam tersebut.
kenduri kawen anak mama ( kak zah @ Azizah Jaafar )
Dijemput teman2 semua hadir ke majlis perkahwinan putera kepada Pn Azizah Jaafar ( mama @ kak zah ) pada 02 July 2011 bersamaan 30 rejab 1432 hari Sabtu. Bertempat di kediamannya di Teratak No 42, Jln TPS 3/15, Taman Pelangi Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor Darul Ehsan. Semoga kehadiran kita semua dapat menyerikan lagi majlis pada hari tersebut.
Kami wakil dari warga 3/15.. mengucapkan Selamat Pengantin Baru.. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.. & dikurniakan cahayamata solleh dan solleha... Ameen......... ^_^
~ Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi... Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w ~
# Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu... #
PERISTIWA ISRA' & MIKRAJ
Peristiwa ini adalah mukjizat besar Rasulullah s.a.w. dan ia wajib dipercayai kerana ia bersumber dari ayat Al-Quran dan Hadith Sahih.
Israk bererti perjalanan di muka bumi waktu malam Nabi Muhammad S.A.W. dengan ruh & jasad dalam jaga (bukan mimpi) dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Bait al-Muqaddis, Palestin. Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. ke langit dari Masjid al-Aqsa naik ke Sidratul Muntaha di langit ketujuh dekat kursi Allah Taala.
MAFHUM FIRMAN ALLAH S.W.T
"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': Ayat 1).
"Dan demi sesungguhnya nabi muhammad telah melihat malaikat jibril dalam bentuk rupanya yang asal sekali lagi. Disisi "Sidratul Muntaha".Yang disisinya terletak syurga "Jannnatul Makwa". Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah semasa "Sidratul Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam ngaib yang tidak terhingga. Penglihatan nabi muhammad tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat akan pemandangan yang indah disitu yang diizinkan melihatnya, dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan Tuhannya"
(An-Najm Ayat 13-18)
Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah iaitu tahun kesebelas kerasulan (Nabi Muhmammad s.a.w. dilantik menjadi Rasul). Tahun tersebut disifatkan oleh ahli sejarah sebagai ‘Amulhuzn’ (tahun dukacita). Ini berikutan dengan musibah berturut-turut yang menimpa baginda, iaitu
•Kehilangan dua insan tersayang berikutan kewafatan Khadijah, isteri baginda yang pertama.
•Kemudian disusuli pula dengan kematian bapa saudara baginda, Abu Thalib, yang banyak melindunginya daripada ancaman kaum kuffar Quraiys.
•Begitu juga dengan penolakan dakwah Islam dari penduduk Thaif.
A. SEBELUM ISRAK DAN MIKRAJ
Pada malam tersebut, Rasulullah S. A. W. berada di rumah sepupunya Ummu Hani bt Abu Talib, lalu datang Jibril mengejutkan baginda. Lalu baginda dibawa menaiki buraq menuju ke Kaabah untuk proses pembersihan hati.
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan di dada, ia dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimun nubuwwah". Selesai pembedahan, baginda menaiki Buraq meneruskan perjalanan luar biasa itu.
B. SEMASA ISRAK (PERJALANAN DARI MASJIDIL-HARAM KE MASJIDIL-AQSA)
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat.
Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa a. s. menerima wahyu daripada Allah.
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan).
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ifrit dengan obor api. (Peristiwa ini memperingatkan kita bahawa syaitan dan iblis tidak akan jemu-jemu untuk menyesat dan memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara.)
Semasa dalam perjalanan Rasulullah S. A. W. ke Masjid AL-Aqsa, baginda melihat beberapa gambaran antara langit dan bumi iaitu:-
1.Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibril : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
2.Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibril : Itulah bau kubur Masyithoh (tukang sikat rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
3.Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
4.Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibril : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
5.Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibril: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
6.Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibril: Itulah orang yang makan riba`.
7.Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibril: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
8.Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibril: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
9.Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibril: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
10.Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibril: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
11.Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibril: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
12.Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibril: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.
13.Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibril: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat bersama para nabi & rasul lainnya menjadi makmum.
Selepas solat, Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibril dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibril: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
C. SEMASA MIKRAJ (NAIK MENEMUI ALLAH):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibril naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1.Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibril masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S.
2.Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibril naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
3.Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
4. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
5. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
6. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi Musa A. S. Di sepanjang perjalanan Mikraj, Nabi tidak pernah lupa mengucapkan salam kepada rasul yang baginda temui. Ini mengingatkan kita kepada keutamaan memberi salam dan galakan supaya selalu memberi salam kepada saudara sesama Islam sebagai tanda penghormatan dan untuk mengeratkan hubungan.
7. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah di Baitul-Ma'mur. Rasulullah lalu dapat melihat 70,000 malaikat yang masuk setiap hari ke dalamnya. Setelah melihat beberapa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibril masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
8. Di Sidratul-Muntaha, Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu (akar pokok ini di langit ke-6, pucuknya dilangit ke-7): Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga.
9.Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malaikat Malik penjaganya.
10. Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Shoriful-Aqlam seorang diri tanpa ditemani Jibril.
11. Apabila Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T., lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah s.w.t. dan Rasulullah S. A. W., sehingga dikeluarkan perintah solat 50 kali sehari-semalam.
12. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. turun lalu bertemu Nabi Musa A. S. (di langit ke-6) yang kemudiannya meminta Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga. Walaupun begitu, Nabi Musa A.S. masih merasakan umat Nabi Muhammad S.A.W. masih tidak terdaya untuk melakukannya dengan bilangan 5 itu. Nabi Muhammad S.A.W. menyatakan bahawa beliau tidak akan mengadap Allah Taala lagi untuk memintaNya mengurangkan bilangan solat itu kerana baginda merasa malu untuk berdepan dengan Allah Taala.
13. Selepas itu Rasulullah S. A. W. melihat rupa asal Jibril a.s. yang sangat besar dengan 600 sayap yang meliputi ufuk.
D. SELEPAS MIKRAJ
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq pulang ke Mekah pada malam yang sama.
Keesokan harinya, Rasulullah s.a.w. memberitahu kaum Quraiys pengalaman tersebut. Lalu didustakan mereka kerana kebiasaannya perjalanan dari Mekah ke Baitul Muqaddis mengambil masa 1 bulan pergi dan 1 bulan pulang. Lalu murtadlah sebahagian umat Islam. Berbeza dengan Saidina Abu Bakar r.a. selepas mendengar penjelasan dari Rasulullah s.a.w. tentang peristiwa malam tersebut, beliau berkata
“صدقت ، أشهد أنك رسول الله”
(Engkau benar!, Aku naik saksi bahawa engkau adalah Rasul utusan Allah).
Sejak peristiwa ini, beliau digelar As-Siddiq yang Benar kerana kerana beliau terus percaya dan beriman dengan khabar daripada Baginda Rasulullah s.a.w ketika diceritakan peristiwa Israk dan Mikraj.
Orang kafir Quraiys yang pernah mengunjungi Baitul Muqaddis juga mencabar dengan bertanyakan tentang keadaan pintu dan tiang di sana. Lalu dapat dijawab oleh Rasulullah s.a.w. dengan tepat.
Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi s.a.w. langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik sahaja Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah S.w.t.. Allah S.w.t. telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Selamat Hari Bapa diucapkan khasnya kepada seluruh bapa-bapa yang ada di TPS 3/15. Dan juga kepada bapa kita semua tak kira di mana mereka berada..... Dengan iringan doa.., semoga gembira & sihat sejahtera...... ameen.... ^_^
Dijemput warga TPS 3/15 sekeluarga..., bertandang di majlis perkahwinan putera kepada Wan Mohamad Nazarie Bin Wan Mahmood & Norsina Binti Panot iaitu Wan fahmi Bin Wan Mohamad Nazarie dengan pasangannya Nur Annies Binti Abd Hadi pada 4 Jun 2011 (sabtu) bersamaan 2 Rejab 1432H. Kehadiran Tuan/Puan/Encik/Cik amat dialu-alukan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Semoga majlis tersebut mendapat keberkatan Ilahi & dipanjatkan doa semoga pengantin berbahagia kekal abadi. Terima Kasih..
Jamuan makan : 12:00pm - 16:00pm
Ketibaan pengantin : 14:00pm
Kami dari warga TPS 3/15 mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Wan Fahmi Bin Wan Mohamad Nazarie & Nur Annies Binti Abd Hadi . Dengan iringan doa.., semoga berbahagia hingga ke akhir hayat... & Terima Kasih juga buat kak Nor sekeluarga atas jemputan ini. Ameen...
Salam Hari Ibu khas nya, buat insan yang bergelar IBU di 3/15 ini & ibu2 yang ada di Malaysia...
" SELAMAT HARI IBU... KASIHMU MEMBAWA KE SYURGA.... "
"Apabila seorang wanita itu mengandungkan janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah malaikat untuknya. Dan sesungguhnya Allah S.W.t mencatatkan baginya setiap hari dengan seribu kebaikan dan menghapuskan daripadanya 1000 kejahatan"
"Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas demi membela agama Allah s.w.t."
" ..HAPPY MOTHERS DAY TO ALL OF YOU.. WONDERFUL MAMA.. "