SELAMAT DATANG KE TERATAK TPS 3/15

Salam buat semua jiran yg disayangi...

Semoga dengan adanya blog ini... dapat memberi manfaat kepada kita semua...! Dapat lah kiranya,
kita menyimpul kasih sesama kita dengan sekilas rentetan di TPS 3/15 ^_^


Di harap ukhwah yang terjalin, memberi kita 1001 makna buat kita semua...! ;-)

Andai ada kekurangan.., harap dimaafi..... ^_^

Segala komen, pandangan, pendapat,cadangan & kerjasama amatlah dihargai... Terima kasih.


" Sepakat Membawa Berkat "


*** Jom sign in kat guest book kat bawah.... ;-) ***



salam..

Sahabat TPS 3/15... Jom Sign in.......

Sabtu, 23 Julai 2011

Selamat Datang Ramadhan....





Assalamualaikum Ya Sahabat sekalian.... sekejap je rasa.., seminggu lagi akan tibalah Ramadhan yang dinanti,  Insyaallah.... Sama-samalah kita menunaikan ibadah puasa & memaksimumkan pahala sebaik mungkin.... Semoga Allah akan membuka pintu rahmat buat kita semua... &  mendapat 1001 keberkatan di Ramadhan kali ini... Ameen.....

Keistimewaan Bulan Ramadhan

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 183 :
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. “

Bulan Ramadhan tidak boleh dibandingkan dengan bulan yang lain kerana padanya terdapat perlbagai kelebihan dan keistimewaan serta limpahan rahmat dan keampunan daripada Allah. Sabda Rasullah Saw :
Maksudnya : “Apabila datangnya ramadhan, maka dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan.” (Muttufaqun ‘Alaihi)

Sabda Baginda SAW :
“Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dinamakan Ar Rayyan, orang-orang yang berpuasa sahaja memasukinya manakala orang lain selain meraka tidak dibenarkan masuk.” (Muttufaqun ‘Alaihi)

Sabda Baginda SAW lagi :
“Bagi orang yang berpuasa itu merasai dua kegembiraan iaitu apabila berbuka puasa dia gembira dengan berbuka puasanya dan apabila dia bertemu dengan Tuhannya dia gembira dengan ibadat puasanya,”

Rasulallah SAW juga menyatakan bahawa orang-orang yang berpuasa mendapat kemuliaan disisi Allah SWT sebagaimana sabda Baginda SAW :
“Demi Allah yang Muhammad berada di dalam genggamannya, bahawasanya bau mulut orang-orang yang berpuasa itu lebih harum baunya disisi Allah daripada bauan kasturi.” (Muttufaqun ‘Alaihi)

Bahkan lebih inda lagi apabila bulan ramadhan ini dikaitkan dengan penurunan Al-quran sebagaimana firman Allah SWT :
Maksudnya : “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.”

Alangkah istimewanya ibadah puasa kerana dinisbahkan secara khusus kepada Allah SWT sebagaimana sabda Rasulallah SAW : Maksudnya : Allah SWT telah berfirman : “Setiap amalan anak Adam adalah untuknya melainkan puasa. Ia adalah untukku dan Akulah yang akan membalasnya.” (Muttufaqun ‘Alaihi)

Seterusnya, keistimewaan yang amat dinanti-nantikan dan menjadi idaman setiap insan yang dahagakan ganjaran pahala daripada Allah SWT iaitu malam Lailatul Qadr. Firman Allah SWT : Maksudnya : Sesungguhnya telah kami turunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadr. Tahukah engkau apa itu malam Lailatul Qadr? Malam lailatul Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan. Turun pada malaikat dah ruh (Jibril) pada malam itu dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Selamatlah malam itu sehingga terbit fajar. (Surah Al-Qadr).


 Maksimumkan Pahala sebaik mungkin

Banyak perkara yang harus kita ambil dan dijadikan azam untuk bulan Ramadhan kali ni. Perlu kita memanfaatkan segala peluang yang ada. Untuk entry kali ni aku nak cerita sikit pasal perkara yang kita harus lakukan untuk memaksimumkan pahala yang kita dapat sempena Ramadhan Al-Mubarak kali ni. 
  • Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari
  • Bersahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana)
  • Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa
  • Memperbanyakkan doa semasa berpuasa
  • Memperbanyakkan doa ketika hampir berbuka
  • Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuknya waktu maghrib
  • Adalah digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab (kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikuti sunnah
  • Amat disunatkan untuk bersedekah harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutama orang miskin
  • Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah
  • Memperbanyakkan bersiwak (menggunakan kayu sugi)
  • Amaran bagi berbuka di siang tanpa uzur

Ni antara amalanamalan yang boleh kita laksanakan ketika bulan puasa. Secara tak langsung bolh memaksimumkan pahala kita di bulan Ramadhan. Di tambah pula dengan syaitan-syaitan yang digari. Tak ke kita rasa lain jika dibandingkan dengan bulan-bulan lain? Bulan Ramadhan ni kita rasa tenang je kan? Jadi gunakan lah peluang ni sebaik-baiknya. Agar Ramadhan kali ni penug bermakna untuk kita.

Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku 5 perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya

  • 1) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
  • 2) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
  • 3) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
  • 4) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanyayang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
  • 5) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbukadan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)    





    SALAM RAMADHAN AL-MUBARAQ


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...