Salam Lebaran 2011 diucapkan istimewa kepada semua warga TPS 3/15... Sekejap saja masa berlalu.. , beberapa hari lagi.. Ramadhan kan melabuhkan tirainya.. & Syawal pun kan menjelma tiba.... Semoga kita semua mendapat 1001 keberkatan dariNya...
SELAMAT DATANG KE TERATAK TPS 3/15
Salam buat semua jiran yg disayangi...
Semoga dengan adanya blog ini... dapat memberi manfaat kepada kita semua...! Dapat lah kiranya,
kita menyimpul kasih sesama kita dengan sekilas rentetan di TPS 3/15 ^_^
Di harap ukhwah yang terjalin, memberi kita 1001 makna buat kita semua...! ;-)
Andai ada kekurangan.., harap dimaafi..... ^_^
Segala komen, pandangan, pendapat,cadangan & kerjasama amatlah dihargai... Terima kasih.
" Sepakat Membawa Berkat "
*** Jom sign in kat guest book kat bawah.... ;-) ***
Semoga dengan adanya blog ini... dapat memberi manfaat kepada kita semua...! Dapat lah kiranya,
kita menyimpul kasih sesama kita dengan sekilas rentetan di TPS 3/15 ^_^
Di harap ukhwah yang terjalin, memberi kita 1001 makna buat kita semua...! ;-)
Andai ada kekurangan.., harap dimaafi..... ^_^
Segala komen, pandangan, pendapat,cadangan & kerjasama amatlah dihargai... Terima kasih.
" Sepakat Membawa Berkat "
*** Jom sign in kat guest book kat bawah.... ;-) ***
Sabtu, 20 Ogos 2011
Ahad, 14 Ogos 2011
Kelebihan Air Zam Zam
AIR zamzam mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan berbanding air lain. Perkara ini diperakui oleh banyak kajian saintifik, termasuk sarjana Barat. Air zamzam mempunyai banyak khasiat dan kelebihan seperti sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: “Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.”
Ia juga mempunyai beberapa keistimewaan antaranya tidak pernah kering walaupun berjuta-juta manusia memanfaatkannya setiap hari, terutama pada musim haji. Air zamzam tidak akan kering hingga hari kiamat. Hal itu, adalah bukti keagungan dan kebesaran Allah.
Ulama sepakat bahawa sunat bagi orang yang mengerjakan ibadah haji dan umrah, minum air zamzam. Ini disebabkan Nabi Muhammad SAW minum air zamzam. Berdasarkan nas asy-Syafi’eyah, bahawa air zamzam itu sunat diminum dalam apa keadaan sekali pun. Hukum sunat itu tidak hanya khusus selepas mengerjakan tawaf, bahkan sunat diminum bagi setiap orang walaupun bukan pada waktu mengerjakan ibadah haji atau umrah.
Disebutkan dalam hadis, Jabir bin `Abdullah, katanya: “Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: “Air zamzam itu diminum untuk keperluan apa saja.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Dalam erti kata lain, jika meminumnya dengan maksud menghilangkan rasa haus, maka Allah akan menghilangkan rasa hausnya. Jika meminumnya untuk menghilangkan rasa lapar, maka Allah akan mengenyangkannya. Sekiranya, meminumnya untuk menyembuhkan penyakit, maka Allah akan menyembuhkan penyakitnya.
Diriwayatkan Rasulullah gemar meminumnya dan tangan Baginda yang mulia dan penuh barkah pernah dicelupkan ke dalam perigi zamzam. Rasulullah pernah bersabda: “Air zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki. ” (Hadis riwayat Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)
Ahli ilmu meluaskan huraian mereka terhadap hadis di atas. Al-Munawa berkata: “Air zamzam adalah penghulu segala air, paling mulia, berharga dan disukai. “Allah memberi minum dan menolong putera kekasihnya, Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim dengan air zamzam. Maka, pertolongan seperti itu juga boleh diperoleh oleh orang selepas baginda iaitu bagi sesiapa saja yang meminumnya dengan niat ikhlas, termasuk kita.
“Ramai ulama meminumnya kerana sesuatu hajat dan mereka berhasil memperolehnya.”
Disebut pengarang kitab al-’Aqdus Sameen bahawa Ahmad bin Abdillah Asy-Syarifee, seorang khadam di Tanah Haram Makkah meminum air zamzam dengan niat dan tujuan untuk berubat daripada buta. Lalu, dengan izin Allah, beliau sembuh. Menurut pengarang kitab ini lagi, bahawa kejadian itu dikhabarkan sendiri gurunya, al-Fufti Abdul Rahman bin Abil Khair alFasi. Al-lmam an-Nawawi sebagai mengulas hadis di atas berkata: “Maknanya, barang siapa minum kerana sesuatu hajat, nescaya memperoleh hajatnya itu.
“Hal ini, dicuba ulama dan orang soleh bagi segala hajat mereka, sama ada hajat akhirat mahupun dunia. Alhamdulillah, semuanya memperolehnya. ” (Lihat Tahzibul Asma Wal-Lughat 3/139).
Al-’Allamah lbnul Qayyim al-Jauziah pula berkata: “Saya dan juga orang lain mencuba berubat dengan air zamzam. “Saya berubat dengannya dalam banyak penyakit dan sembuh dengan izin Allah. Demikian juga saya menyaksikan orang yang menggantikan makanan biasa dengan air zamzam hampir setengah bulan atau lebih, tetapi tidak lapar. Bahkan dia juga tawaf bersama orang ramai, mampu menggauli isterinya dan berpuasa.”
Al-’Allamah seterusnya berkata: “Sudah berlaku kepada diri saya sewaktu di Makkah, saya sakit. Pada masa itu, saya benar-benar ketiadaan ubat dan doktor. “Maka, saya pun berubat sendiri dengan al-Fatihah. Saya ambil air zamzam dan bacakan di atasnya berulang kali. Kemudian, saya minum lalu mendapati kesembuhan yang sempurna.
“Sejak itu saya melakukannya atas banyak penyakit dan semuanya memberi sebesar-besar manfaat.” (Lihat Zadul Ma’ad 4/718)
Berkata pula Al-Hakim: “Bahawa Abu Bakar Muhammad bin Jaafar bercerita mengenai Ibnu Khuzaimah (Ibnu Khuzaimah ialah seorang ilmuwan besar), katanya: “Saya mendengar orang bertanya kepada lbnu Khuzaimah: “Daripada manakah tuan memperoleh ilmu?” Jawab lbnu Khuzaimah: “(Bukankah) Rasulullah pernah bersabda: “Air zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan?” (Lihat Sairul A’Iam an-Nubala 14/370).
AI-Jalal as-Suyuti juga menceritakan mengenai dirinya, katanya: “Dengan memuji Allah, saya sudah musafir ke negeri Syam, Hijaz, Yaman, India dan Maghribi. “Apabila saya menunaikan haji, saya minum air zamzam bagi beberapa perkara yang berikut, antaranya: Agar saya mahir dalam ilmu fiqah hingga mencapai martabat Asy-Syeikh Sirajuddin al-Bulqini.
“Dalam ilmu hadis hingga saya mencapai martabat al-Hafiz lbnu Hajar. Ada pun, semua ini saya sebutkan demi mengingati nikmat Allah ke atas diri saya, bukannya untuk bermegah-megah.
“Apalah yang ada untuk dimegahkan di dunia ini, sedangkan saat kembali semakin dekat dan uban pun mulai subur.” (Lihat Husnul Muhadharah 1/215 dan 2/296).
Jika diperhatikan dengan sehalus-halusnya keterangan di atas, maka nyata, yang amat mustahak itu adalah niat dan keimanan yang seikhlas- ikhlasnya untuk mengiringi perbuatan minum itu.
FAKTA RAHSIA KELEBIHAN AIR ZAM ZAM
- Boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin Allah.
- Diberkati dan mengeyangkan peminumnya.
- Mampu menyempurnakan hajat peminumnya dengan izin Allah.
- Allah menjadikan air zamzam sebagai penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah. Seterusnya, kewujudan Baitullah di bumi itu.
- Antara mata air syurga.
- Antara tanda kekuasaan Allah di bumi Makkah.
- Antara nikmat besar dan manfaat yang dapat dilihat di Tanah Haram Makkah.
- Ia keluar dari kawasan paling mulia di muka bumi ini.
- Air dipilih untuk membersihkan hati Rasulullah SAW beberapa kali.
- Minuman orang mulia (al-abrar).
- Menambah kekuatan badan.
Sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud ; "Sebaik-baik air dipermukaan bumi adalah Air Zam Zam" Padanya ada makanan yang menyegarkan & penawar bagi segala penyakit.
Jazakallah
Isnin, 8 Ogos 2011
...Malam Lailatul Qadar...
Lailatul Qadar... Malam misteri yang dirindui kedatangannya....
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada saat Lailatul Qadar. Dan tahukah engkau apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat- malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." (QS-97-1:5).
Kerasulan Nabi Muhammad
Muhammad bersendirian di Gua Hira’, menjauhkan diri dari kejahilan kaumnya sendiri. Tatkala itu Arab Musyrikin dalam keadaan yang sangat teruk. Dia begitu bimbang, takut-takut jahiliyah itu meresap ke dalam jiwanya. Dia juga gelisah, kerana kaumnya begitu. Mahu bertindak tiada daya, mahu bersuara tiada yang mahu menerima. Lalu bersendirianlah Muhammad, menenangkan jiwa dan memikirkan kebejatan akhlak masyarakat Makkah.
![]() |
| Gua Hira'..... tempat bersejarah kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. |
Bertahun-tahun Muhammad di situ. Lalu, tiba-tiba pada satu malam yang agung dan hebat, Jibril a.s turun bertamu. Memeluk Muhammad yang dalam kekeliruan dan ketakutan. Lantas Jibril membacakan wahyu pertama daripada kalam Allah. Nuzul Quran.
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk); Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya (al-'Alaq, 1-5)
Malam itu juga Muhammad diangkat secara rasmi sebagai Rasul. Beban berat yang harus ditanggung bukan calang-calang lagi. Masa bersendirian di Hira’ sudah berakhir. Muhammad s.a.w mesti terjun ke dalam masyarakat dan mula menyebarkan Islam.
Malam agung itu sudah hampir 1500 tahun berlalu. Malam itu juga buat pertama kalinya Lailatul Qadar muncul. Khusus buat umat Muhammad s.a.w.
Insan Terpilih
Ironinya, Rasulullah bertemu Lailatul Al-Qadar yang agung itu dalam keadaan jiwa dan hati baginda bersih dari kebejatan jahiliyah Makkah. Dalam tamadun moden hari ini, apa bezanya kita dengan zaman jahiliyah Makkah? Malah lebih teruk dari binatang.
Malam Al-Qadar itu hanya mampu bertamu buat sesiapa yang tulus dan suci jiwanya. Hatinya bersungguh-sungguh memohon ampun kepada Allah s.w.t. Hanya hati dan jiwa yang putih bersih boleh merasai keistimewaan Malam Al-Qadar itu.
Maka, persediaannya harus bermula sebelum Ramadhan menjelma. Bukan beria-ria menunggu malam 29 Ramadhan, pasang jam loceng pukul 2.30 pagi, kemudian bangun malam bawak ke subuh. Sekadar itu sajakah persiapan menyambut Malam Al-Qadar?
Kerana itu, Rasulullah membanyakkan iktikaf di Masjid ketika sepuluh Ramadhan terakhir. Sehingga dikhabarkan Rasulullah mendirikan khemah sementara di dalam masjid Nabawi. Iktikaf itu bermakna melupakan urusan dunia dan meletakkan diri serta fokus mengingati Allah s.w.t.
# Layakkah kita menerima anugerah itu?
Wallahu a’lam...
Wallahu a’lam...
Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar
1. Udara dan suasana pagi yang tenang
Ibnu Abbas radliyallahu’anhu berkata: Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam bersabda:“Lailatul qadar adalah malam tentram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya sang surya terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist hasan)
2. Cahaya mentari lemah, cerah tak bersinar kuat keesokannya
Dari Ubay bin Ka’ab radliyallahu’anhu, bahwasanya Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam bersabda:
“Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar bak nampan” (HR Muslim)
3. Terkadang terbawa dalam mimpi
Seperti yang terkadang dialami oleh sebagian sahabat Nabi radliyallahu’anhum4. Bulan nampak separuh bulatan
Abu Hurairoh radliyallahu’anhu pernah bertutur: Kami pernah berdiskusi tentang lailatul qadar di sisi Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam, beliau berkata,
“Siapakah dari kalian yang masih ingat tatkala bulan muncul, yang berukuran separuh nampan.” (HR. Muslim)
5. Malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi setan)
Sebagaimana sebuah hadits, dari Watsilah bin al-Asqo’ dari Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam:
“Lailatul qadar adalah malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi setan)” (HR. at-Thobroni dalam al-Mu’jam al-Kabir 22/59 dengan sanad hasan)
6. Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan lezatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Rabb-nya tidak seperti malam-malam lainnya.
Wallahua’lam
Apa yang perlu dibuat pada malam al-Qadr
Lailatul Qadr seperti yang dijelaskan di atas, adalah masa yang paling sesuai untuk mengajukan segala permohonan kepada Allah SWT, apa yang perlu dilakukan pada malam tersebut ialah dengan perkara-perkara berikut:
1.Memperbanyakkan doa kepada Allah/Memohon ampun
Pada malam itu Allah akan mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia. Ibnu Abbas berkata: “Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa orang meminum arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa, orang yang selalu bertengkar dan mereka yang memutuskan silaturahim.”
Doa yang diajarkan Rasulullah kepada Aishah. Doanya berbunyi: “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa’ fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).”
2.Menghayati malam tersebut dengan ibadah
Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya.
Kesimpulan, persoalan bila sebenarnya berlakunya Lailatul Qadr, hanya Allah SWT sahaja yang tahu.
Apa yang telah dinyatakan kepada kita melalui hadis-hadis Nabi s.a.w ialah tanda-tanda dan juga malam-malam yang kemungkinan berlakunya Malam al-Qadr.
Berdasarkan hadis Nabi s.a.w menghidupkan 10 malam terakhir dengan beriktikaf, ramai di kalangan ulama’ cenderung mengatakan bahawa malam tersebut kemungkinan besar akan berlakunya Malam al-Qadr.
wallaualam....
Ahad, 7 Ogos 2011
Rabu, 3 Ogos 2011
Sabtu, 23 Julai 2011
Selamat Datang Ramadhan....
Assalamualaikum Ya Sahabat sekalian.... sekejap je rasa.., seminggu lagi akan tibalah Ramadhan yang dinanti, Insyaallah.... Sama-samalah kita menunaikan ibadah puasa & memaksimumkan pahala sebaik mungkin.... Semoga Allah akan membuka pintu rahmat buat kita semua... & mendapat 1001 keberkatan di Ramadhan kali ini... Ameen.....
Keistimewaan Bulan Ramadhan
Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 183 :
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. “
Bulan Ramadhan tidak boleh dibandingkan dengan bulan yang lain kerana padanya terdapat perlbagai kelebihan dan keistimewaan serta limpahan rahmat dan keampunan daripada Allah. Sabda Rasullah Saw :
Maksudnya : “Apabila datangnya ramadhan, maka dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan.” (Muttufaqun ‘Alaihi)
Sabda Baginda SAW :
“Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dinamakan Ar Rayyan, orang-orang yang berpuasa sahaja memasukinya manakala orang lain selain meraka tidak dibenarkan masuk.” (Muttufaqun ‘Alaihi)
Sabda Baginda SAW lagi :
“Bagi orang yang berpuasa itu merasai dua kegembiraan iaitu apabila berbuka puasa dia gembira dengan berbuka puasanya dan apabila dia bertemu dengan Tuhannya dia gembira dengan ibadat puasanya,”
Rasulallah SAW juga menyatakan bahawa orang-orang yang berpuasa mendapat kemuliaan disisi Allah SWT sebagaimana sabda Baginda SAW :
“Demi Allah yang Muhammad berada di dalam genggamannya, bahawasanya bau mulut orang-orang yang berpuasa itu lebih harum baunya disisi Allah daripada bauan kasturi.” (Muttufaqun ‘Alaihi)
Bahkan lebih inda lagi apabila bulan ramadhan ini dikaitkan dengan penurunan Al-quran sebagaimana firman Allah SWT :
Maksudnya : “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.”
Alangkah istimewanya ibadah puasa kerana dinisbahkan secara khusus kepada Allah SWT sebagaimana sabda Rasulallah SAW : Maksudnya : Allah SWT telah berfirman : “Setiap amalan anak Adam adalah untuknya melainkan puasa. Ia adalah untukku dan Akulah yang akan membalasnya.” (Muttufaqun ‘Alaihi)
Seterusnya, keistimewaan yang amat dinanti-nantikan dan menjadi idaman setiap insan yang dahagakan ganjaran pahala daripada Allah SWT iaitu malam Lailatul Qadr. Firman Allah SWT : Maksudnya : Sesungguhnya telah kami turunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadr. Tahukah engkau apa itu malam Lailatul Qadr? Malam lailatul Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan. Turun pada malaikat dah ruh (Jibril) pada malam itu dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Selamatlah malam itu sehingga terbit fajar. (Surah Al-Qadr).
Maksimumkan Pahala sebaik mungkin
Banyak perkara yang harus kita ambil dan dijadikan azam untuk bulan Ramadhan kali ni. Perlu kita memanfaatkan segala peluang yang ada. Untuk entry kali ni aku nak cerita sikit pasal perkara yang kita harus lakukan untuk memaksimumkan pahala yang kita dapat sempena Ramadhan Al-Mubarak kali ni.
- Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari
- Bersahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana)
- Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa
- Memperbanyakkan doa semasa berpuasa
- Memperbanyakkan doa ketika hampir berbuka
- Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuknya waktu maghrib
- Adalah digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab (kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikuti sunnah
- Amat disunatkan untuk bersedekah harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutama orang miskin
- Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah
- Memperbanyakkan bersiwak (menggunakan kayu sugi)
- Amaran bagi berbuka di siang tanpa uzur
Ni antara amalanamalan yang boleh kita laksanakan ketika bulan puasa. Secara tak langsung bolh memaksimumkan pahala kita di bulan Ramadhan. Di tambah pula dengan syaitan-syaitan yang digari. Tak ke kita rasa lain jika dibandingkan dengan bulan-bulan lain? Bulan Ramadhan ni kita rasa tenang je kan? Jadi gunakan lah peluang ni sebaik-baiknya. Agar Ramadhan kali ni penug bermakna untuk kita.
Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku 5 perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya
- 1) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
- 2) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
- 3) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
- 4) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanyayang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
- 5) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbukadan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
Langgan:
Catatan (Atom)























































